sahabat

sahabat

Wednesday, 31 October 2012

buat sahabat ku semua


mukminah


Mukminah solehah

Bismillahirrahmanirrahim 
Wanita, cukup-cukuplah dengan hanya jadi Muslimat (Islam pada nama shj). Tinggalkan sahaja era Muslimat. Era baru ni patut diambil alih oleh para Mukminat (bila sebut Mukminat, bererti dia Islam dan beriman serta beramal soleh).

Saya selusuri sebuah hadis yang menarik; Ibnu Kathir meriwayatkan dari al-Thabrani bahawasanya wanita-wanita Mukminat itu lebih afdhal (lebih baik) berbanding para bidadari 
 syurga. Ummu Salamah bertanya, "Dengan amal apa hal ini mungkin terjadi?". Dijawab, "..dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.."

Hadis berkenaan juga mengupas berkenaan Mukminat dalam syurga dan di akhir hadis itu disebutkan
"....berbahagialah orang yang kami bersamanya dan dia bersama kami."
 (HR Al-Thabrani dlm Al-Kabir)

Lihat,,,hebatnya mukminah itu..lebih afdhal dari bidadari,tidakkah kita bercita2 mahu menjadi ketua bidadari nanti??,mari kita berlumba2 melakukan kebaikkan“fastabiqul khairat…”

Semua wanita yang sudah Islam namanya Muslimat.Jangan pula dikatakan “Oh..yang pakai jubah dan tudung labuh tu lah muslimat.??,salah sama sekali, kalau perempuan dan anda Islam,beerti anda pun Muslimatlah!.

Jangan Pula expect: “Oh..,yang pakai Niqab tu Mukminahlah. “erm…Allah tak ada kata pun yang Niqab tu Mukminah.Allah sebut yang beriman dan beramal soleh.Itulah mukmin dan mukminah

“fahamkan…??”

“erm..ok,,tapi kalau yang sudah memakai berniqab tu pastinya sudah dapat mengelakkan dirinya dari fitnah kan??” muslimah -> mukminah

“Fitnah tetap takkan dapat terelak kalau pakai niqab,jika pergaulan tak dijaga.Gedik tetap sakan siang malam dengan ajnabi walaupun dalamFb.Jadi,pakai niqab kena asimilasi dengan akhlak dan mujahadah tinggi.”

“err..uh…ye2 faham” muslimah->mukminah

“Nasihat saya, sebelum pakai niqab tu,dia kena awal2 lagi kawal diri dan bermujahadah, jaga kelakuan dan tingkah laku serta cantikkan akhlak, salah caranya bila faham, “oh..aku dah start pakai niqab,so aku kena berubah segala2nya. “Bukan ubah masa lepas pakai, tapi sebelum tu lagi kena ubah.Masa dah pakai,Cuma kena cantikkan dan gilap je lagi”

“Itulah yang sebetulnya pada hemah saya”

“Ya Allah banyaknya kesilapan diriku,mulai sekarang aku mesti berubah..,no photo2 cute,no chatting2 dan gedik2 dgn ajnabi…”
Mukminah^_^

Muslimin2 di luar sana..menggeleng2kan kepala saat melihat gambar2 Niqabis dengan posing menggoda…,

“Astaghfirullah..apa nak jadi dengan muslimah hari ni ….”

“erm..kalu macamnila…tak jadi nak buat calon…(??),”

"erm takpela..nothing special muslimah macamni..senang2 je tunjuk kecantikkan dekat orang"

“saya lebih suka ‘dia’ yang solehah…Qanitah… & Hafizah ,terpelihara dirinya dari tatapan Ar rijal, tak perlu letak2 gambar sendiri dalam fb tu…law nak letak pun,letaklah gambar kucing ke,,teddy bear ke,,^_^”
Reaksi penulis: “ya! 100% sokong

p/s: Nasihat untuk diriku dan juga sahabat2.."niatkan kerana Allah ya,agar tidak
 tercalar kesucian pemakaian niqab itu,agar ia tidak sia2..paling penting, Redha Allah,,jadi... jika nak redha Allah, kena jaga hak2 pemakaian itu..jangan mendedah..sedangkan tujuan berfurdah itu...untuk menutup diri dari fitnah,bukan untuk menunjuk2 "uh..aku baik sebab pakai furdah/Niqab",malu sangat ,"pakai niqab tapi posingnya Astaghfirullah...(faham2 la ye,)hmm.. orang yang tak pakai niqab pun ada yang malu nak post gambar diorang dekat laman2 social..,Jadi..yang pakai niqab ni sepatutnya lebihkan rasa malu untuk pamerkan diri mereka dekat laman2 social tu…
fikir2 ya, dan selamat beramal..

sayang sayang gadis niqab…jadi sayangi diri andai juga..

wanita solehah adalah : Qanitah&hafizah…

mari kita perbaiki diri agar menjadi wanita mukminah qanitah dan hafizah…
Fastabiqulkhairat…

Monday, 29 October 2012

hayati lah..ini haiwan yg tidak mempunyai akal seperti manusia..tetapi manusia lebih teruk dri bnatang krana tidak mggunakan akal yg tlh allah kurniakan..tulah terjadinya kes buang bayi..bunuh membunuh tanpa ada belas kasihan..

Saturday, 27 October 2012

sahabat vs kawan


SaHaBaT vs KaWaN

Allah uji kerana Dia sayangkan kita. Betapa untungnya tatkala ujian datang bertimpa-timpa di mana Allah sentiasa di dalam ingatan kita. Bagaimana kalau Allah biarkan kita bersenang lenang dan lalai daripada mengingatinya.



Tatkala dirundung kesusahan berapa ramai sahabat yang sanggup berdampingan, akan ditetapi berapa ramai kawan-kawan yang lebih suka jika kita mengajak mereka ke arah keseronokan. Kadangkala lebih senang mengajak teman2 ke pusat membeli belah daripada mengajak mereka mengikuti kuliah maghrib di surau. Salah siapa? Merekakah? Kitakah? Tepuk dada tanyalah iman.

Dalam hidup ini mencari sahabat bukan kerja mudah. Tapisan demi tapisan tanpa sedar kita lakukan sebenarnya hinggalah suatu saat kita akan menjumpai siapakah mereka yang selayaknya digelar sahabat. Bagaimanakah kualiti sahabat yang kita cari sebenarnya?
Berdiam diri jika kita berbuat kemungkaran?
Selalu mengajak kita menghiburkan diri dengan dunia?
Apabila terpandang wajahnya terus teringatkan Allah?
Sentiasa mengajak kita mendekati Allah?



Antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah dua orang lelaki yang berkasih-kasihan kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Allah sangat mencintai orang yang mengasihi sahabatnya. Bagaimanakah mengasihi sahabat? 
Kita tidak menegur sahabat yang berbuat kemungkaran kerana takut sahabat terasa hati. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan sahabat terus leka dengan keseronokan dunia. Sahabatkah kita?
Kita mengikut saja kemahuan sahabat yang senantiasa menginginkan keseronokan kerana ingin menjaga hati sahabat. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat membuka aurat sesuka hatinya walhal kita punya kuasa untuk menegur. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat mengabaikan solat fardunya. Sahabatkah kita?
Kita selalu mengabaikan perasaan sahabat dan sering menyakitkan hatinya. Sahabatkah kita?
Kita meninggalkan sahabat ketika dia dalam kesusahan. Sahabatkah kita?
Sahabatkah kita kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik dengan sahabat, berlapang dada dengan sahabat dan melebihkan sahabat dari kepentingan diri sendiri?


Ayuh kita reflek diri. Muhasabah diri, mencari di mana khilafnya kadangkala dalam bersahabat. Cukup layakkah kita digelar sahabat untuk memperoleh sahabat?


“Sahabat yang baik adalah lebih  mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”. 


Allah timpakan saya dengan ujian-ujian demi ujian, membawa saya menilai ukhwah saya dengan sahabat2. Sedikit demi sedikit Allah bukakan mata hati saya untuk menilai sahabat dan kawan. Alhamdulillah, sahabat selalu dengan saya di waktu susah dan senang. Kawan, insyaAllah semoga menjadi sahabat saya suatu hari nanti. Itu doa saya. Terima kasih ya Allah atas nikmat ukhwah ini. Sahabat2, uhibbukifillah abadan abada.



Rahsia Huruf Pertama Nama Anda


A   Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B  Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C  Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D  Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E  Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F  Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G  Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H  Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I  Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J  Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K  Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L  Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M  Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N  Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri


OSerba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
PPandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
QSetia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
VTutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
WRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
XBudi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
YPendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.baca buleh percaya jangan..

Walau apa pun ni hanyalah utk suka2 jer..betul atau salah tu hanya kita jua yang tau...

coretan cheetah..


  • Alhamdulillah semoge blog nidapat menguatkan lagi ukhuwah yg sudah terjalin.insaallah dengan wujudnya blog ni sama-sama kte dapat berda'wah dan berkongsi pengalaman yang dapat dikongsikan bersama..sebenarnya ana dah lama dah nk tulis kat blog ni cume x de masa yang terluang..afwan..
  • so alhamdulillah sekarang allah memberi peluang kpd ana untuk ana meluang kan masa ana untuk sahabat ana skalian..ni ana adda hajat kpd antunna.ana berharap blog ni dapat diteruskan dan sentiasa active dengan berita2 terkini antunna danda'wah antunna untuk melengkapkan lagi blog yang comel ini..insyaallah..

Thursday, 30 August 2012

Kisah perdebatan seorang Pederi Kristian dan seorang Pemuda Arab

1.Sebutkan SATU yang tiada DUA nya : Allah s.w.t.
2.Sebutkan DUA yang tiada TIGA nya : Malam dan siang.(surah Al-Isra' : 12 )
3.TIGA yang tiada EMPAT nya : Adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil, dan ketika menegakkan kemblai dinding yang hampir roboh.
4.EMPAT yang tiada LIMA nya : Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5.LIMA yang tiada ENAM nya : Solat 5 waktu.
6.ENAM ynag tiada TUJUH nya : Jumlah hari ketika Allah s.w.t menciptakan makhluk.
7.TUJUH ynag tiada LAPAN nya : Langit yang tujuh lapis.
8.LAPAN yang tiada SEMBILAN nya : Malaikat pemikul Arasy Ar-Rahman.
9.SEMBILAN yang tiada SEPULUH nya : Adalah mukjizat yang diberikan Nabi Musa yaitu : Tongkat, Tangan yang bercahaya, Angin Taufan, musim paceklik(kemerau), Katak, Darah, Kutu, dan Belalang.
10.SEPULUH yang tiada lebih darinya : Kebaikan, Allah s.w.t berfirman "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat....."(Al-An'am : 160 )
11.SEBELAS yang tiada DUA BELAS nya : Jumalah saudara Nabi Yusuf alaihissalam.
12.DUA BELAS yang tiada TIGA BELAS nya : Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah : "Dan ketika Musa memohon air utk kaumnya, lalu kami berfirman, "pukullah batu itu dengan tongkatmu.Llu memancarlah daripadanya 12mataair (Al-Baqarah :60 )
13.TIGA BELAS yang tiada EMPAT BELAS nya : Jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah : waktu subuh.Allah berfirman : "Dan waktu subuh apabila fajarnya menyinsing ".(At-Takwir : 18 )
15.Kuburan yang membawa isinya : ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.
16.Mereka yang berdusta namun masuk kedalam syurga : iaitu saudara-saudara Nabi Yusuf a.s, yakni ketika mereka berkata kepada ayah mereka "wahai ayah kami..sesungguhnya kami pergi berlumba -lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala".Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tiada cercaan terhadap kamu semua ".dan ayah mereka berkata:"aku akan memohonkan ampun bagimu kepead rabku, sesungguhnya dialah maha pengampun lagi maha penyayang.(Yusuf : 98).
17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak ia sukai : Suara keldai, Allah berfirman :"sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai".(Luqman : 19).
18.Makhluk yang Allah ciptakan tanpa bapa dan ibu : Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salleh, dan kambing Nabi Ibrahim.
19.Makhluk yang diciptakan dari api : Iblis.Yang diazab dengan api : Abu Jahal.Dan yang terpelihara dari api : Nabi Ibrahim ,Allah s.w.t berfirman  "wahai api..dinginlah dan selamatkanlah Ibrahim ".
20.Makhluk yang terbuat dari batu : Unta Nabi Salleh.Yang diazab dengan batu : Tentera bergajah. Dan yang terpelihara dari batu :Ashabul Kahfi.
21. sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah : Tipu daya wanita, sebagaiman firman Allah : "sesungguhnya tipu daya wanita itu adalah sangat besar.(Yusuf : 28).
22.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohan apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 dibawah naungan dan 2 dibawah sinaran mentari ? : Maknanya pohon adalah bulan, Daun adalah hari, dan buahnya adalah solat 5 waktu, 3 dikerjakan dimalam hari dan dua disiang hari.

Sunday, 12 August 2012

Mampukah kami??

Assalamualaikum......... 

     Sebagai artikel pertama, kami ingin berkongsi tentang Ramadhan..,apa itu Ramadhan???Ramadhan ialah bulan rahmat dan keampunan..,ia adalah bulan yg penuh barakah...,pahala yg wajib digandakan,apa lagi jika kita menambah amalan2 sunnah...pasti bertambah besar ganjarannya....,
   Dimadrasah kami juga amat menekankan Tadarrus Al-quran...,berlumba2 sehingga dalam masa 2 minggu boleh menghabiskan sebanyak 4 kali khatam...,mengikut cerita ustazah kami di tempatnya belajar,terdapat seorang pelajar yg boleh mengkhatamkan al-quran sebanyak 25 kali di bulan ramadhan.!!!!!.bagaimana ia dapat melakukannya wahai teman??mustahil bagi kita yang mendengarnya,tapi tak mustahil bagi ia jika ada kehendak...siapa yg menenemkan keinginan...InsyaAllah...ia boleh lakukannya...
  Di akhir ramadhan ini,setiap umat islam akan mencari satu malam yg dipanggil LAILATUL QADAR...bruntung kpd org y mendapatkan malam tersebut...,kebiasaanya 10 mlm terakhir inilah,ramai yg telah  menjadi 'LIAT' utk bangun malam...,automatik tubuh menjadi keras...,aduhai!betapa ruginya...,
  Di penghujung ramadhan ini juga,ramai yg sibuk dgn psiapan sehingga lalai memperbanyakkan amal...ha...mmg rugi...jadi bagaimana utk menetapkan kkuatan agar kkalkan amalan di akhir2 RAMADHAN ini secara istiqamah???
   dengan artikel ini..kami JAMAATUS THANIYAH batch 2012 ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri ....maaf zahir dan batin...
                        ~KULLU AM WA ANTUNNA BIKHAIR..,WA EIDUL MUBARAK~
   Dan mohon maaf jika ada yg terkurang di artikel ini....
                                                                                 maas salamah....